THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday 15 July 2011

NISFU SYA`BAN.....renew buku amalan....

yep..skang ni tau tau je la...teknologi makin power....gerak jari je da bule chat ngan org..gerak bibir je dah bule smbg ngan member. ...tmbh2 berfesbuking nih...mmg ramai yg da ade...walaweii.jgn la jadi macam kambing..*ade kaitan??*....tp tahu kah anda bnde nih increase dosa or pahala??...klu digunakan dgn cara yg baik insyaAllah dpt la yg baik...tp klu guna mcm tetttt dpt la yg macam tettt juga..hehh...


so...malaikat raqib n atid sentiase perhati dan mencatat perlakuan kite kite sume kat dalam file amalan kite...tp sampai bile memory file amalan kite ni nak habis??hehh...itu lah NISFU SYA`BAN.....hari itu lah akan ade 'new folder'......renew buku catatan...file amalan lame error...missing somewhere...haha...file amalan lame akan dihantar ke pencipta nya....tp...adakah easy easy je hantar??ouh no no no...ade process filtration...bukan nye skali..tetapi LAPAN kali...huh..byk nya...


apakah yg nak di process semasa process filtration tuh??
---scanning-----


1. fes skali malaikat akan melalui langit yg pertama iaitu dinilai file amalan soleh tersebut suci dr nilai² ghibah*mengupat*.....
2. kalau lepas...malaikat akan melalui langit yg ke dua...dinilai suci dari nilai-nilai Matlamat dunia, jika file amalan terebut suci dan selamat dari sifat-sifat matlamat dunia , maka dibenarkan  meneruskan perjalanan dan akan naik ke langit ke tiga.
3. kalau lepas...malaikat akan melalui langit yg ke tiga...dan langit ke tiga ni akan menilai dan menapis file amalan tersebut agar suci dari sifat bangga diri.
4. kalau lepas....malaikat akan smbung perjalanan nye dgn pergi ke langit yg ke empat...langit yg ke empat plak akan dinilai suci drpd nilai² hasad...
5. kalau lepas malaikat akan senang lenang membawa file amalan ke langit yg ke lima..amal soleh akan dinilai agar suci daripada sifat Ujub atau berbangga dengan kelebihan diri sendiri.
6. kalau lepas jugak...malaikat tros melalui langit yg ke 6...Malaikat yang bertugas menilai agar amal soleh tersebut  mengandungi sifat kasihan belas kepada orang lain, tidak menzalimi orang lain dalam segala bagai..
7. kalau lepas jugak..malaikat akan tros pi ke langit yg ke 7....maka file amalan tersebut akan diarak oleh ribuan para malaikat sehingga mengeluarkan bunyi seperti lebah dan bile sampai dilangit ketujuh, Malaikat yang menjaga langit ketujuh akan menilai agar file amalan tersebut suci daripada sifat Riya’, iaitu amal soleh yang tidak disertakan dengan harapan agar amalannya diiktiraf oleh manusia serta disanjung dan diagung-agungkan.
8. finally..jika file amalan kite lepas drpd langit ke tujuh...file amalan tersebut akan diiringi oleh ribuan para Malikat. Apabila amal soleh tersebut telah berada dihadapan Allah SWT. Malaikat berkata kepada Allah SWT dengan kata mereka : Ya Allah inilah file amalan yang terbaik yang telah melepasi segala filtration, tetapi Allah SWT berfirman : Sesungguhnya masih ada lagi tapisan yang perlu dilakukan kerana Aku lebih mengetahui sesuatu amalan yang terbaik ” Maka Allah SWT akan  menilai agar file amalan soleh tersebut dilakukan adalah benar-benar Ikhlas demi Allah SWT”, setelah amal soleh tersebut benar-benar dilakukan kerana Ikhlas kepada Allah SWT, Maka Allah SWT bersetuju memberi pahala dan dimasukkan kedalam Syurga.


*virus has been detected....*
peringatan...Setiap file amalan soleh yang tidak melepasi tapisan-tapisan para Malaikat, file tersebut akan dihumban ke muka pemilik amal soleh tersebut...dgn kate len...amalan kite selama setahun tidak diterima oleh Allah s.w.t...THIS FILE HAS BEEN DELETED..WARNING... INSTALLATION IS UNCOMPLETE...adakah anda mahu jd sebegitu...tepuk dada tanye iman....


so masih sempat lg korang nak edit file korang...remove yg mane x elok...save yg mane elok..block perbuatan maksiat....upgrade amalan anda....tros kan up 2 date...untuk mencapai INSTALLING COMPLETE...

2 comments:

Qawiem Khairi said...

terkejut benor dgn tulisanmu ni zaid,
cool, style dan ada gaya tersendiri,
santai bersi islamik..
erm2.. teruskan2,
insyaAllah moga kebaikannya baik pd diri dan semua.

senyum sendiri dibuatnya. (",)

Unknown said...

hmm.. ambik masa yang lama jugak nak habiskan bacaan aku ni. sebab rapat-rapat sangat. pe2 pun.. hmm.. awesome..