Tuesday, 13 August 2013
Friday, 15 March 2013
apa khabar wahai iman...
Lirik Lagu Iman
Iman apa khabar dengan mu
Di sini aku perlukan kamu
Ku harap iman mu takkan berubah
Kerna di sini ku perlukan kamu
iman apa khabar dengan mu
Cobalah kau edit diriku
Ku ingin menjadi seorang muslim
Kerna dirimulah berharga untukku
iman dengarlah permintaan ku
tolong jagakan diriku
iman percayalah apa kataku
ku tahu you can do it
iman dengarlah permintaanku
tingkatkan lah diriku
iman dengarlah bisikan hatiku
ku tahu you can do it
[Ulang dari awal]
iman dengarlah permintaan ku
tolong tarbiyah diri ku
iman percayalah apa kataku
ku tahu you can do it
iman dengarlah permintaanku
kuatkanlah diriku
iman dengarlah bisikan hatiku
ku tahu you can do it
Jangan ragukan imanku
Percaya diriku
tolong jaga kan imanku
didik imanku
Semangat hidupku
Ku tetap diriku
imanku hanya milik-Mu
Posted by zayead at 17:18 0 comments
Wednesday, 26 December 2012
hati ini untuk siapa?
persoalan nya, hati ini untuk siapa ha?
kerana mengimbau kisah yg terkesumat
hati ku sekarang sudah hancur dan lumat
ingin berhubung dgn nya tp takot melarat
ingin berjumpa dgn nya tp takot teringat-ingat
iman ku kadang2 lemah kadang2 kuat
Posted by zayead at 10:11 0 comments
Friday, 7 December 2012
Doa Rabithah
YA ALLAH,Engkau mengetahui hati-hati ini,Telah berkumpul kerana mengasihi-Mu,Bertemu untuk mematuhi perintah-Mu,Bersatu memikul beban dakwah-Mu,Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu,Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini,Akan jalan-Nya yang sebenar,Penuhkanlah hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu,Yang tidak kunjung malap,Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan Iman dan keyakinan,Dan keindahan tawakkal kepada-Mu,Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu,Jika Engkau mentakdirkan mati,Maka matikanlah pemilik hati-hati ini,Sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu,Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong,YA ALLAH,Perkenankanlah permintaan ini."
Posted by zayead at 22:18 0 comments
Saturday, 14 July 2012
sabar lah wahai hati...
layan je la cerita drpd kawan punye kawan aku...
semasa aku form 5, mase tuh baru aku aktif dengan fb dan juga ym..wahh..bes nye ade fb n ym. friendster dah berabok x usik ape2 pun. ok. form 5 musim agak gatal sikit. aprove ja perempuan2 yang tak kenal. lelaki err berhati2 juga. aku tetap degil walaupun mak aku byk kali nasihat dengan aku jgn msg2 ngan pompan, jaga ikhtilat kamu.. nak dijadi kan cerita, salah seorang perempuan aku lupa dari mana aku kenal die tup tup dah friend kat ym. nama perempuan itu adalah A.. hmm, macam bese lah. chat2 gitu tp mmg xde perasaan langsung pada mula nya. perempuan ni pun lebih kurang same je macam aku, tp perempuan ni selalu tanye aku berkenaan agama. ok aku jawab yg mane aku mampu sahaja.tapi kami ni mmg sgt2 jarang berchating disebabkan sekolah dan sebagai nya.
semasa lepasan spm,result upu pun dapat...result kemasukan matrik pun dapat. agak kebengongan sedikit sbb tatau nak pilih mane satu. istikharah punye istikharah, Allah letak kan aku di matrikulasi..bla bla bla. ade seorang perempuan yang bertudung labuh sama lecture hall dengan aku. wahh..matahari panas terik tiba2 menjadi sejuk apabila aku memandang tepat ke wajah nya..opss..sekali itu rezeki..hehe..ok..aku mula la tanye kawan2 aku pasal perempuan yg bertudung labuh tu.ouh nama die B rupa nya.. YESS..dah dpt nombor enset nya..macam mana aku dpt??biar lah rahsia~.. yg pasti aku nak contact die lepas abih matrik..oyeah..
semasa naek semester 2, kawan aku dapat sekelas dengan perempuan B..wahh..untung la kau..dapat sekelas ngan die...tp aku pun seronok juga. dapat info byk pasal die. TETAPI malang nya berita buruk juga aku dapat..APE!!! DIE SUDAH BERTUNANG!!!!..hati yang dah pecah di pecah pecah amik hemer ketuk2 sampai jadi abu..huh..xpe mungkin xde rezeki..err
perempuan A yg aku chat sebelom2 ni still chat jugak kat ym tp mmg sgt2 jarang. nak dijadikan cerita, aku mintak la fb perempuan A tu..tup tup tup...wahh...muka die seiras dengan perempuan B yang bertudung labuh di matrikulasi ku..aku pun mula la bermsg2 dgn perempuan A. walaupun aku ade nombor perempuan A tapi seakan-akan aku xde nombor nya..pelikkan..sebab perempuan A ni amik stpm aliran agame. so enset die kene simpan dekat waden..
semasa gathering family aku, eh..msg dr siapakah ini..ouh..perempuan A rupanya..aku pun saling berbalas2 msg dgn nya. tetapi ade satu bende pelik dengan perempuan A ni..aku tertanya2 kenapa die salu reply msg aku terlalu lame?aku tidor pastu bangun balik msg still x sampai2..tgk line maxis clear ja..haishh..then baru aku tau perempuan A ni bukan nye jenis msg2. sebelom ni perempuan A ni jarang sgt2 melekat dengan enset. selepas beberapa bulan aku msg dengan nya baru lah nmpak peningkatan sikit..hahaha..tetapi mcm bese lah..kami msg apabila perempuan ni cuti sahaja..
selepas abih matrik, result pun memberangsangkan, Allah nak izin aku dpt masok di UiTM di hati ku..cewahh..tup tup tup..nak dekat abih sem 1..aku dpt lagi msg dr perempuan A..ouh..perempuan A dah abih stpm..haha.seronok2..dan ketika itu aku msg dengan perempuan A pagi petang siang malam tetapi ibadah aku tetap jaga...
selepas habis cuti pertengahan sem 2, hati aku rase laen macam. tah macam mane aku rase nak bagi tau kakak aku mengenai perempuan A ni..bla bla bla..KAMU MSG DENGAN POMPAN!!!! KAMU TAU TAK MAK NANGIS KALAU KAMU MSG NGAN POMPAN, APE DAH JADI DENGAN KAMU HA!!..SKANG AKAK NAK KAMU KURANGKAN MSG DENGAN PEREMPUAN TU..HAISHH..yep..aku pun bagi tau perempuan A supaya kurangkan msg..tp hati ni rase nak jugak msg...selepas dah kene tazkirah berkali2 dengan kakak..aku mintak tolong dengan kakak supaya bagi tau mak pasal ni...tup tup tup...mak dah tau..ayah pun dah tau..kene la pulak tazkirah dengan mak selama stengah jam..ops kredit abih..hehe..
bila bukak ja fb..*mengeluh*..ramai nya perempuan yang aku tak kenal..dushh..deactivate..buat fb baru..hahaha..pada masa itu juga aku sudah stop msg dengan perempuan A. die pun dah masok kolej universit insaniah(KUIN)..aku pulak nak dekat final..kalau ade sumting penting nak bagi tatau perempuan A pun melalui kakak aku..so orang ketiga adalah kakak aku sendiri..bla bla bla...aku dapat tau perempuan A sudah pun berpurdah..wahh..harap dia dapat jaga diri die dengan baik..dan sekarang aku berasa sgt kosong..kosong..ooo~~....bila enset bunyi laju ja tgk..ouh..member aku..makin lame enset macam x guna dah..memang terasa amat2 sunyi..tp bila aku tenung lame2..yes..ini lah yg dikatakan jihad..aku ade Allah..aku ade mak ayah kakak adik beradik dan shbt2 perjuangan ku...yeah..semangat2..
sambungan akan dtg~~
Posted by zayead at 06:26 2 comments
Wednesday, 11 July 2012
ibu bapa dan anak...........
berlaku nya pada zaman Rasulullah SAW bila mana seorang si anak telah mengadu kepada Rasulullah SAW . dia mengatakan bahawa ayah dia telah mengambil harta dia tanpa meminta izin daripada dia. dia mengadu kepada Rasulullah kerana die berasa geram dengan mak ayah die disababkan hartanya, maka rasulullah SAW nak bertemu dengan mak ayah tersebut menanyakan apa sebenar yang berlaku tetapi semasa orang tua itu tiba bertemu dengan rasulullah, telah didatangi malaikat jibril untuk bertemu dengan RasulullahSAW dan berkata kepada Rasulullah sesungguhnya Allah menyampaikan salam untukmu dan Allah berfirman kepadamu jika datang orang yang sudah tua tersebut kepada mu, maka tanyakanlah kepadanya tentang sesuatu yang diucapkan di dalam hatinya yang tidak didengari oleh kedua telinganya,
kemudianbila sampai orang tua tadi, maka nabi pun bertanya kepadanya mengapa anakmu mengadukan hal mu, apakah kamu ingin mengambil hartanya. maka ayah itu berkata ` tanyalah wahai Rasulullah SAW, yang aku ambil itu hanyalah sebagai naskhah untuk ku dan untuk bapa saudaranya sendiri. kemudian Rasulullah SAW bersabda maksudnya `kita tinggalkan lah persoalan kamu ambil harta anak kamu tadi, sebaliknya beritahulah kepada ku tentang sesuatu yang kamu kata dalam dirimu tetapi tidak didengari oleh kedua telingamu. orang tua itu menjawab demi Allah ya Rasulullah SAW, Allah SWT sentiasa menambah keyakinan ku kepada mu,sesungguhnya benar aku telah mengatakan sesuatu dalam diriku tetapi tidak didengari oleh kedua telingaku. kemudian Allah suruh nabi tanya supaya orang tua itu meluahkan isi hatinya kepada Rasulullah SAW dan orang tua itu telah berkata dalam bentuk seperti syair....
'aku telah mengurusmu wahai anak sewaktu kamu kecil, aku telah membimbingmu dimasa muda. saat itu kamu merasa payah dan dahaga. jika malang dan datang kesakitan kepadamu sehingga aku sendiri tidak dapat tidur. aku terus berjalan berjaga malam dalam keadaan mulut ku berkumat-kamit seolah-olah akulah yang menjadi hamba kepadamu wahai anakku. oleh perintah yang memerintahkanku untuk sentiasa berkhidmat kepadamu semasa kamu kecil, ketika kedua mataku tidak dapat ku pejamkan, jiwaku selalu mengkhuatirkan kalau kamu meninggal dunia kerana kesakitan, padahal aku tahu kematian adalah sesuatu yang telah ditentukan waktunya. anakku, ketika kamu menginjab usia sewasa, ketika kamu tidak mengharapkan aku lagi, kamu jadikan kekerasan dan kekasaran sebagai balasan untukku seolah-olah kamulah pemberi nikmat yang agong. wahai anakku, kalaupun kamu tidak boleh memelihara hak ku sebagai seorang ayah, aku merayu agar kamu peliharalah hak ku sebagai orang yang dekat denganmu, sebagai jiranmu, sebagai tetanggamu sehingga kamu tidak lagi kedekut dalam memberikan harta milikmu kepadaku'
itulah yang disebut dalam hatinya. dia mengharap kepada anaknya kalaupun tidak boleh melayannya sebagai seorang ayah, tolong layannya sebagai seorang jiran. ketika itu Rasulullah SAW pegang leher baju milik anak orang tua itu, lalu baginda bersabda maksudnya ' kamu dan seluruh hartamu adalah milik ibu bapamu' dan suatu riwayat lain ketika orang tua itu mengatakan luahan hatinya kepada Rasulullah SAW, Rasulullah SAW pun menangis kemudian baginda bersabda maksudnya ' tidak ada satu batu pun atau penduduk pun dalam kota ini kecuali mereka akan menangis mendengar luahan perasaan ibu dan ayah ini
Posted by zayead at 01:46 0 comments
berbakti kepada ibu
Syair Sheikh Abdul Rahman Assaghuri
wahai ibu,
melalui diri mu lah Allah telah memunculkan kami di alam semester ini,
meskipun engkau harus merasakan dan menanggung pedihnya penderitaan dan kesengsaraan,
9 bulan engkau mengandungkan kami dan selama itu Allah menghambarkan bahawa engkau menderita sekali sebaik engkau bisa lepas dari penderitaan mengandungkan kami,
lalu bertambah derita kamu akibat melahirkan kami,
wahai ibu yang mulia,
berapa banyak telah engkau lahirkan [ara dermawan, yang telapak tangannya selalu memberi,
dan berapa banyak engkau telah melahirkan generasi-generasi baru, yang akan terjun dalam pelbagai arena kehidupan,
wahai ibu yang mulia,
sungguhpun engkau sering berjaga malam kerana tidak bisa tidur, sementara air susu mu selalu memberi khasiat kepada kami,
pernah sepanjang malam air mata mu menitis ketika duri menusuk salah satu tangan kami,
ibu yang mulia,
tangan kanan kami sering menjadi bantal kami, sedangkan tangan kiri mengusap kasih sayang kepada kami,
ketikakami mendapat kebaikan ibu yang mulia merasa sangat mulia, kegembiraan mu jelas terlihat pada ukiran senyuman senyum mu yang dapat menghidupkan kembali semangat kami,
namun jika ada hal buruk menimpa kami, kami melihat kesedihan di seluruh wajahmu,
sesungguhnya engkau adalah hamba Allah yang termulia yang selalu berada disisi kami kerana itu lah Allah memberikan dorongan kepada kami untuk meraih keredhaanmu wahai ibu,
hal itu kami lakukan agar tuhan meredhai kami,
pada dirimu ibu yang mulia, terdapat petunjuk anugerah dan semua kebaikan,
jika kami derhaka kepada mu maka neraka lah yang akan menjadi tempat kembali kami
Posted by zayead at 01:05 0 comments