THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday 10 March 2012

Dating sewaktu sepertiga malam..TAHAJJUD

assalamualaikum....
solat tahajjud yg dilakukan selepas masok waktu isya` sehingga terbit fajar selepas bgn dr tidur walaupun tido skejab...ramai yg pndg remeh dgn solat sunat tahajjud pdhl ini la amalan yg Rasulullah SAW wat tiap2 malam dgn menitikberatkan ketetapan gerakan, kekhusyukkan, dan keikhlasan..


cara untuk senang bangun tahajud
1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.
2. Tunaikan solat Isya' sebelum tidur.
3. Bersihkan tempat tidur seperti tilam, bantal dan cadar dari habuk dan lain-lain kotoran.
4. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah S.A.W.
5. Kurangkan masa tidur dari lapan jam sehari kepada tujuh jam sehari untuk bulan pertama latihan; pada bula kedua kurangkan masa tidur malam kepada enam jam sehari, seterusnya pada bulan ketiga kepada lima jam sehingga kita boleh tidur untuk masa tiga jam sahaja.



kelebihan yg kite dpt apabila mengamalkan solat sunat tahhajud...

akhirat :
- mendapat tempat (maqam) terpuji disisi Allah
Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri.
Dipermudahkan hisab.
Cepat melalui Sirat al-Mustaqim – seperti kilat.
Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.


dunia :
membebaskan seseorang daripada serangan kanser dan infeksi
-. menumbuhkan respons ketahanan tubuh (imonologi)
memiliki ketahanan tubuh dan kemampuan individual untuk menghadapi masalah-masalah yang di hadapi dengan stabil dan tenang.
meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi
 Lahir kesan takwa pada wajahnya
Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia.
diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).



Allah SWT berfirman
"Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat. (Surah Hud:114)

"Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji." (Surah Al-Israa' Ayat 79)


Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:


Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan orang soleh sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan pencegah daripada dosa. (riwayat Muslim)


“Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya.

Dan Allah sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.”
(Hadis Riwayat: Abu Daud)

Baginda SAW telah menyebutkan hikmah tahajud yang bermaksud:
“Setiap dua pertiga malam terakhir, Allah turun ke langit dunia sambil berseru, ‘Hambaku yang malam ini menjauhkan rusuknya dari tempat tidur kerana mendirikan solat tahajud, aku berasa malunya padanya sekiranya aku tidak mengampunkan dosanya. Mengabulkan doanya dan memberikan apa yang mereka minta. Solat sunat yang utama selepas solat fardu adalah solat tahajud.”



BAGAIMANA PULA DGN ANDA??
Tepuk dada, tanyalah iman. Sudah berapa kali kah kita bangun malam untuk solat tahajjud dan bermunajat kepada Nya? Pernahkah kita bersolat tahajjud??