THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday 14 July 2012

sabar lah wahai hati...

layan je la cerita drpd kawan punye kawan aku...

semasa aku form 5, mase tuh baru aku aktif dengan fb dan juga ym..wahh..bes nye ade fb n ym. friendster dah berabok x usik ape2 pun. ok. form 5 musim agak gatal sikit. aprove ja perempuan2 yang tak kenal. lelaki err berhati2 juga. aku tetap degil walaupun mak aku byk kali nasihat dengan aku jgn msg2 ngan pompan, jaga ikhtilat kamu.. nak dijadi kan cerita, salah seorang perempuan aku lupa dari mana aku kenal die tup tup dah friend kat ym. nama perempuan itu adalah A.. hmm, macam bese lah. chat2 gitu tp mmg xde perasaan langsung pada mula nya. perempuan ni pun lebih kurang same je macam aku, tp perempuan ni selalu tanye aku berkenaan agama. ok aku jawab yg mane aku mampu sahaja.tapi kami ni mmg sgt2 jarang berchating disebabkan sekolah dan sebagai nya.
semasa lepasan spm,result upu pun dapat...result kemasukan matrik pun dapat. agak kebengongan sedikit sbb tatau nak pilih mane satu. istikharah punye istikharah, Allah letak kan aku di matrikulasi..bla bla bla. ade seorang perempuan yang bertudung labuh sama lecture hall dengan aku. wahh..matahari panas terik tiba2 menjadi sejuk apabila aku memandang tepat ke wajah nya..opss..sekali itu rezeki..hehe..ok..aku mula la tanye kawan2 aku pasal perempuan yg bertudung labuh tu.ouh nama die B rupa nya.. YESS..dah dpt nombor enset nya..macam mana aku dpt??biar lah rahsia~.. yg pasti aku nak contact die lepas abih matrik..oyeah..
semasa naek semester 2, kawan aku dapat sekelas dengan perempuan B..wahh..untung la kau..dapat sekelas ngan die...tp aku pun seronok juga. dapat info byk pasal die. TETAPI malang nya berita buruk juga aku dapat..APE!!! DIE SUDAH BERTUNANG!!!!..hati yang dah pecah di pecah pecah amik hemer ketuk2 sampai jadi abu..huh..xpe mungkin xde rezeki..err
perempuan A yg aku chat sebelom2 ni still chat jugak kat ym tp mmg sgt2 jarang. nak dijadikan cerita, aku mintak la fb perempuan A tu..tup tup tup...wahh...muka die seiras dengan perempuan B yang bertudung labuh di matrikulasi ku..aku pun mula la bermsg2 dgn perempuan A. walaupun aku ade nombor perempuan A tapi seakan-akan aku xde nombor nya..pelikkan..sebab perempuan A ni amik stpm aliran agame. so enset die kene simpan dekat waden..

semasa gathering family aku, eh..msg dr siapakah ini..ouh..perempuan A rupanya..aku pun saling berbalas2 msg dgn nya. tetapi ade satu bende pelik dengan perempuan A ni..aku tertanya2 kenapa die salu reply msg aku terlalu lame?aku tidor pastu bangun balik msg still x sampai2..tgk line maxis clear ja..haishh..then baru aku tau perempuan A ni bukan nye jenis msg2. sebelom ni perempuan A ni jarang sgt2 melekat dengan enset. selepas beberapa bulan aku msg dengan nya baru lah nmpak peningkatan sikit..hahaha..tetapi mcm bese lah..kami msg apabila perempuan ni cuti sahaja..

selepas abih matrik, result pun memberangsangkan, Allah nak izin aku dpt masok di UiTM di hati ku..cewahh..tup tup tup..nak dekat abih sem 1..aku dpt lagi msg dr perempuan A..ouh..perempuan A dah abih stpm..haha.seronok2..dan ketika itu aku msg dengan perempuan A pagi petang siang malam tetapi ibadah aku tetap jaga...
selepas habis cuti pertengahan sem 2, hati aku rase laen macam. tah macam mane aku rase nak bagi tau kakak aku mengenai perempuan A ni..bla bla bla..KAMU MSG DENGAN POMPAN!!!! KAMU TAU TAK MAK NANGIS KALAU KAMU MSG NGAN POMPAN, APE DAH JADI DENGAN KAMU HA!!..SKANG AKAK NAK KAMU KURANGKAN MSG DENGAN PEREMPUAN TU..HAISHH..yep..aku pun bagi tau perempuan A supaya kurangkan msg..tp hati ni rase nak jugak msg...selepas dah kene tazkirah berkali2 dengan kakak..aku mintak tolong dengan kakak supaya bagi tau mak pasal ni...tup tup tup...mak dah tau..ayah pun dah tau..kene la pulak tazkirah dengan mak selama stengah jam..ops kredit abih..hehe..

bila bukak ja fb..*mengeluh*..ramai nya perempuan yang aku tak kenal..dushh..deactivate..buat fb baru..hahaha..pada masa itu juga aku sudah stop msg dengan perempuan A. die pun dah masok kolej universit insaniah(KUIN)..aku pulak nak dekat final..kalau ade sumting penting nak bagi tatau perempuan A pun melalui kakak aku..so orang ketiga adalah kakak aku sendiri..bla bla bla...aku dapat tau perempuan A sudah pun berpurdah..wahh..harap dia dapat jaga diri die dengan baik..dan sekarang aku berasa sgt kosong..kosong..ooo~~....bila enset bunyi laju ja tgk..ouh..member aku..makin lame enset macam x guna dah..memang terasa amat2 sunyi..tp bila aku tenung lame2..yes..ini lah yg dikatakan jihad..aku ade Allah..aku ade mak ayah kakak adik beradik dan shbt2 perjuangan ku...yeah..semangat2..
sambungan akan dtg~~

Wednesday 11 July 2012

ibu bapa dan anak...........

berlaku nya pada zaman Rasulullah SAW bila mana seorang  si anak telah mengadu kepada Rasulullah SAW . dia mengatakan bahawa ayah dia telah mengambil harta dia tanpa meminta izin daripada dia. dia mengadu kepada Rasulullah kerana die berasa geram dengan mak ayah die disababkan hartanya, maka rasulullah SAW nak bertemu dengan mak ayah tersebut menanyakan apa sebenar yang berlaku tetapi semasa orang tua itu tiba bertemu dengan rasulullah, telah didatangi malaikat jibril untuk bertemu dengan RasulullahSAW dan berkata kepada Rasulullah sesungguhnya Allah menyampaikan salam untukmu dan Allah berfirman kepadamu jika datang orang yang sudah tua tersebut kepada mu, maka tanyakanlah kepadanya tentang sesuatu yang diucapkan di dalam hatinya yang tidak didengari oleh kedua telinganya,
kemudianbila sampai orang tua tadi, maka nabi pun bertanya kepadanya mengapa anakmu mengadukan hal mu, apakah kamu ingin mengambil hartanya. maka ayah itu berkata ` tanyalah wahai Rasulullah SAW, yang aku ambil itu hanyalah sebagai naskhah untuk ku dan untuk bapa saudaranya sendiri. kemudian Rasulullah SAW bersabda maksudnya `kita tinggalkan lah persoalan kamu ambil harta anak kamu tadi, sebaliknya beritahulah kepada ku tentang sesuatu yang kamu kata dalam dirimu tetapi tidak didengari oleh kedua telingamu. orang tua itu menjawab demi Allah ya Rasulullah SAW, Allah SWT sentiasa menambah keyakinan ku kepada mu,sesungguhnya benar aku telah mengatakan sesuatu dalam diriku tetapi tidak didengari oleh kedua telingaku. kemudian Allah suruh nabi tanya supaya orang tua itu meluahkan isi hatinya kepada Rasulullah SAW dan orang tua itu telah berkata dalam bentuk seperti syair....

'aku telah mengurusmu wahai anak sewaktu kamu kecil, aku telah membimbingmu dimasa muda. saat itu kamu merasa payah dan dahaga. jika malang dan datang kesakitan kepadamu sehingga aku sendiri tidak dapat tidur. aku terus berjalan berjaga malam dalam keadaan mulut ku berkumat-kamit seolah-olah akulah yang menjadi hamba kepadamu wahai anakku. oleh perintah yang memerintahkanku untuk sentiasa berkhidmat kepadamu semasa kamu kecil, ketika kedua mataku tidak dapat ku pejamkan, jiwaku selalu mengkhuatirkan kalau kamu meninggal dunia kerana kesakitan, padahal aku tahu kematian adalah sesuatu yang telah ditentukan waktunya. anakku, ketika kamu menginjab usia sewasa, ketika kamu tidak mengharapkan aku lagi, kamu jadikan kekerasan dan kekasaran sebagai balasan untukku seolah-olah kamulah pemberi nikmat yang agong. wahai anakku, kalaupun kamu tidak boleh memelihara hak ku sebagai seorang ayah, aku merayu agar kamu peliharalah hak ku sebagai orang yang dekat denganmu, sebagai jiranmu, sebagai tetanggamu sehingga kamu tidak lagi kedekut dalam memberikan harta milikmu kepadaku'



itulah yang disebut dalam hatinya. dia mengharap kepada anaknya kalaupun tidak boleh melayannya sebagai seorang ayah, tolong layannya sebagai seorang jiran. ketika itu Rasulullah SAW pegang leher baju milik anak orang tua itu, lalu baginda bersabda maksudnya ' kamu dan seluruh hartamu adalah milik ibu bapamu' dan suatu riwayat lain ketika orang tua itu mengatakan luahan hatinya kepada Rasulullah SAW, Rasulullah SAW pun menangis kemudian baginda bersabda maksudnya ' tidak ada satu batu pun atau penduduk pun dalam kota ini kecuali mereka akan menangis mendengar luahan perasaan ibu dan ayah ini





berbakti kepada ibu


Syair Sheikh Abdul Rahman Assaghuri

wahai ibu,
melalui diri mu lah Allah telah memunculkan kami di alam semester ini,
meskipun engkau harus merasakan dan menanggung pedihnya penderitaan dan kesengsaraan,
9  bulan engkau mengandungkan kami dan selama itu Allah menghambarkan bahawa engkau menderita sekali sebaik engkau bisa lepas dari penderitaan mengandungkan kami,
lalu bertambah derita kamu akibat melahirkan kami,
wahai ibu yang mulia,
berapa banyak telah engkau lahirkan [ara dermawan, yang telapak tangannya selalu memberi,
dan berapa banyak engkau telah melahirkan generasi-generasi baru, yang akan terjun dalam pelbagai arena kehidupan,

wahai ibu yang mulia,
sungguhpun engkau sering berjaga malam kerana tidak bisa tidur, sementara air susu mu selalu memberi khasiat kepada kami,
pernah sepanjang malam air mata mu menitis ketika duri menusuk salah satu tangan kami,

ibu yang mulia,
tangan kanan kami sering menjadi bantal kami, sedangkan tangan kiri mengusap kasih sayang kepada kami,
ketikakami mendapat kebaikan ibu yang mulia merasa sangat mulia, kegembiraan mu jelas terlihat pada ukiran senyuman senyum mu yang dapat menghidupkan kembali semangat kami,
namun jika ada hal buruk menimpa kami, kami melihat kesedihan di seluruh wajahmu,
sesungguhnya engkau adalah hamba Allah yang termulia yang selalu berada disisi kami kerana itu lah Allah memberikan dorongan kepada kami untuk meraih keredhaanmu wahai ibu,
hal itu kami lakukan agar tuhan meredhai kami,
pada dirimu ibu yang mulia, terdapat petunjuk anugerah dan semua kebaikan,
jika kami derhaka kepada mu maka neraka lah yang akan menjadi tempat kembali kami

Saturday 7 July 2012

penghirahan seorang hamba Allah...

kisah ini berkisar kan seorang perempuan yg asal nye seorang  jahil tentang agama tetapi dgn kuasa Allah S.W.T...die akhir nya berada dlm  الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ.......insyaAllah sama2 kita hayati cerita dari nya..layan~~

sewaktu aku di zaman sekolah rendah..aku ni seorang anak emas cikgu2 tapi silap muke x berkilat...haha..penah sume satu kelas kene dende tapi aku sorg je tak  kene denda...mcm raja la pulak. ramai budak2 yang tak puas hati dgn aku dan selalu di buli oleh kengkawan. penah jugak kene buat kerja skolah org laen..khadam sekolah..heu3..kadang ade jugak dipermainkan oleh kawan2 aku. beg aku di pas2 kat org laen dan di conteng2 gune liquid..mmg slalu dipulau..aku diam ja sbb aku adalah seorang yg pemalu n pendiam dan cikgu2 bangga dgn aku sbb ak teror dlm bidang lukisan, kawad dan sukan.. 
Dan pabila aku TUMBOK almari, sume  gelisah berdebar hati rasa tak menentu..oohh2~.. benarkah itu aku??..heu3


sewaktu zaman sekolah menengah pulak, aku update sikit diri aku disebabkan dapat kawan yg sekepale dengan aku.. time f1 sampai f3 aku salah pilih kawan. up punye up aku terjebak dengan dunia tomboy2 cinte songsang ni. tp xde la bercinta dengan pompan..uhh..aku berubah jd seorang yg agak cool, berlagak macho, gagah perkasa dan kasar..Eheh..tp alhamdulillah aku smpat sedar yg aku sbenar nye dah salah pililh kawan..time f4 n f5 aku lagi up.terpilih sbgai pengerusi KRS n bahasa melayu...popular meyh..slalu la jugak keluar sekolah p kem..bla bla bla

sekolah rendah dan  sekolah menengah xde laki. so aku mmg biasa dikelilingi oleh perempuan aja lah..selepas SPM, bile jumpa dgn laki aku sanggop lari, penah jugak menangis..*serius x tipu*...malu plus takot sangat2 dgn laki. kalau ade kem campor laki pompan, aku mmg slalu kene marah sbb takot dgn laki..bla bla bla bla...aku ade 2 pilihan..sama ada nak masok f6 atau pun kolej...aku pk xnak masok kolej sbb campor laki pompan tp parent aku suruh jugak masok kolej..aku pun ikot ja lah
akhir nya masok la jugak aku ke dalam alam kolej. bila dah masok kolej, aku dah start semula menjadi seperti aku sewaktu sekolah rendah. tambah2 pulak duduk asrama..ade la jugak kene buli..1 sem ja bertahan duk asrama next sem duk rumah sewa..naseb baek sume sekepale. makin naek sem aku pun makin up la jugak. semua nya bermula sewaktu aku buat presentation mkt. diri aku tros up n up sampai keyakinan aku bertambah n perangai pun berubah..seronok dapat ramai kawan plus dgn perangai gile2 aku.. gile2 pun sbb perangai hosmate ak pun gile2 jugak...dah mula dgn name panggilan 'CHOTT'..but at that time perangai aku masih terkawal..jga batasan laki pompan

nak jadikan cerita sepanjang hidup aku x penah pon bercinta..tetiba kawan jiran rumah lame aku tyme kecik2 muncul setelah 12 tahun berpisah.. die dpt cari fb aku. laki tu kat yaman..aku mmg anggap die mcm kawan ja..tetibe die mintak KAPEL..aku yg blur2 ni pon tolak laa..tolak n tolak lg tp die still x give up. aku dgn jahil nye mintak la pendapat kawan2. ramai yg suruh aku try kapel *hampeh btol kawan kau tuh*..katenye bleh dpt pengalaman..dan aku yg noob2 ni pun trima jee. padahal xde feeling pon. tp silap aku jugak sbb dgr cakap org. cintan punye cintan, slalu kene marah sbb aku x layan die, gadoh, mmg x penah rase tenteram dan aman pon.. cinta jarak jauh..die dah balik malaysia, tp duduk kat negeri 9..tapi tu la kan..nak dimulakan kisah penghijrahan aku~

hmm..bleh dikate kan solat aku mmg rongak la. lagi duduk rumah sewa, mmg x jaga langsung. kalau ade kat rumah family slalu tego..bile suruh buat baru aku buat.. ade satu hari, tatau la macam mane, gadoh besar dgn budak tu, mmg berkurung dalam bilik ja. mase tu la aku tergerak hati nak solat, time tu zohor. solat punye solat, doa mintak Allah bgi petunjuk dan hidayah pd ku..mmg time tu sgt sebak di dada lah..pastu tetibe rase tenang ja. next day ak rase laen mcm..bile on9 je aku tgk byk pulak orang post pasal 'kapel haram' n psl 'aurat wanita'.. seriou..tetiba bende post tu kluar secara mendadak..aku pun bace la sedikit demi sedikit..bace kat iluvislam..utube, dgr ceramah dan lame2 aku pk balik pasal diri aku. mase tu lame jugak la aku x contact die..



dalam kasar aku ni pun ade jugak sifat seorang yg penyabar..naseb baek la aku ni sabar org nye. x penah marah die..Eii. blom kawen lagi dah wat mcm2 bende plek..haishh..satu hari tu terdetik hati ni suatu kekuatan yg Allah bg kat aku..x bertahan lame relation aku tu..tahan 2 bulan..aku mintak putus..mmg aku tekad tros.. aku da stop contact..tu pun kene marah lg. pehtu da sslesai bab kapel2 nih..aku try la ubah penampilan aku..ubah fesyen aku yg lebih tertutup..kadang2 air mate mengalir pabila memikirkan aurat aku sblom2 ni yg tak smpurna. start hari tu aku mulai dgn memakai baju kurung sbb xde baju yg bleh menutup aurat dgn sempurna, pakai handsock, kakak aku blanje aku beli pakaian muslimah..kakak2 mcm x caye la..btol ke aku nak berubah nih?jgn main2 sudah laa...mmg time tu aku pk byk kali...btol ke aku buat nih, btol ke da sampai mase nye??

pk punye pk, sampai bile lg nak kene tunggu..hati aku dah terbukak nak berubah..xnak sia2 kan hidayah n petunjuk yg Allah bg..lame2..ade 1 hari abah aku kol aku...kate nye dia nak jumpa aku nak bg sumting. sanggup tuh dtg kolej aku smate2 nak hantar benda. abah aku beli kan aku tudung labuh bulat warna hitam. mmg time tu sgt2 la sayu. bila aku mulai sarung tudung tu, trase sgt2 sebak dan ofkos la aku nanges. abah aku sgt2 lah hepi dgn perubahan aku. sis aku pun slalu kluar ngan aku skarang, pakai baju jubah, baju kurung..satu persatu aku belajar..byk beli buku agama, rajin kan diri pi ceramah, blaja care2 solat yg btol..alhamdulillah skang ni aku takot nak tinggal solat dan insyaAllah harap2 sgt aku xnak tinggal solat..dan sentiasa update diri untuk perbetolkan cara solat...



dulu kawan laki 50% pompan50% tapi skang byk pompan ja..kawan laki da kurang berborak..kalau ade bende penting ja baru la borak..ade jugak sesetengah pompan ckp perubahan aku ni ade udang di sebalik batu.. ade yg x leh trima. byk nanges gak sbb ramai yg dah xnak kawan ngan aku. tapi dalam sedih2 tu, lame kelamaan Allah beri aku perasaan hepi..ade student kolej aku yg bertudung labuh, budak2 usrah dtg kawan ngan aku..byk la berkumpul dgn diorg.. borak psl agame, msg diorg, koling2 p usrah, dgr ceramah

family aku byk sapot aku lagi2 abah aku slalu ingat psl solat, bace quran, aurat n so on la pasal agame..sudah lame x bace quran, start bace balek alhamdulillah skang dah lancar.kawan sehosmate aku pun byk jugak la berubah..x segile2 seperti dahulu. diorg slalu gak jd kan aku guru kounselor..err..aurat diorg pun dah terjaga..alhamdulillah..kawan2 byk bg sokongan..aku cube nak elakkan drpd mengupat n dgr org mengupat..setiap kali p kolej earphone x penah lekang dari telinga nih. setiap kali gegirl berkumpul aku suke dgr lagu..paham2 la kalo dah gegirl berkumpul..thats y sampai skang aku da syok ngan earphone aku...dulu aku byk dgr lagu heavy n indiependent, metallica, gunsn roses,butterfingers dan segala bagai..tapi lagu tu sume dah clean dr phone aku..aku dulu mmg gile koreajgn ckp ar, tarian2 korea aku dok blaja..cite2 korea..tp skang dah kurang kurangkan dan skang dah x minat sgt dah..aku try kawal perangai aku..kalau nmpk pangai aku gila mcm x btol that means aku xcited la tu..hari makin hari aku blajar benda baru..insyaAllah akan sentiasa ISTIQAMAH...sekian trima kasih..:)



hidayah dan petunjuk Allah sentiasa dtg mencurah2 kpd hambanya, sama ada die nak berubah atau tidak sahaja..itu semua bergantung kepada setakat mane usaha kita untuk mendekat kan diri kpd Allah S.W.t..insyaAllah ubah sedikit demi sedikit lame2 akan meletop..HAHAHA..kalau bukan kekuatan iman sape lg yg mampu ubah diri sendiri...tepuk dada tanye iman~