THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday 11 July 2012

ibu bapa dan anak...........

berlaku nya pada zaman Rasulullah SAW bila mana seorang  si anak telah mengadu kepada Rasulullah SAW . dia mengatakan bahawa ayah dia telah mengambil harta dia tanpa meminta izin daripada dia. dia mengadu kepada Rasulullah kerana die berasa geram dengan mak ayah die disababkan hartanya, maka rasulullah SAW nak bertemu dengan mak ayah tersebut menanyakan apa sebenar yang berlaku tetapi semasa orang tua itu tiba bertemu dengan rasulullah, telah didatangi malaikat jibril untuk bertemu dengan RasulullahSAW dan berkata kepada Rasulullah sesungguhnya Allah menyampaikan salam untukmu dan Allah berfirman kepadamu jika datang orang yang sudah tua tersebut kepada mu, maka tanyakanlah kepadanya tentang sesuatu yang diucapkan di dalam hatinya yang tidak didengari oleh kedua telinganya,
kemudianbila sampai orang tua tadi, maka nabi pun bertanya kepadanya mengapa anakmu mengadukan hal mu, apakah kamu ingin mengambil hartanya. maka ayah itu berkata ` tanyalah wahai Rasulullah SAW, yang aku ambil itu hanyalah sebagai naskhah untuk ku dan untuk bapa saudaranya sendiri. kemudian Rasulullah SAW bersabda maksudnya `kita tinggalkan lah persoalan kamu ambil harta anak kamu tadi, sebaliknya beritahulah kepada ku tentang sesuatu yang kamu kata dalam dirimu tetapi tidak didengari oleh kedua telingamu. orang tua itu menjawab demi Allah ya Rasulullah SAW, Allah SWT sentiasa menambah keyakinan ku kepada mu,sesungguhnya benar aku telah mengatakan sesuatu dalam diriku tetapi tidak didengari oleh kedua telingaku. kemudian Allah suruh nabi tanya supaya orang tua itu meluahkan isi hatinya kepada Rasulullah SAW dan orang tua itu telah berkata dalam bentuk seperti syair....

'aku telah mengurusmu wahai anak sewaktu kamu kecil, aku telah membimbingmu dimasa muda. saat itu kamu merasa payah dan dahaga. jika malang dan datang kesakitan kepadamu sehingga aku sendiri tidak dapat tidur. aku terus berjalan berjaga malam dalam keadaan mulut ku berkumat-kamit seolah-olah akulah yang menjadi hamba kepadamu wahai anakku. oleh perintah yang memerintahkanku untuk sentiasa berkhidmat kepadamu semasa kamu kecil, ketika kedua mataku tidak dapat ku pejamkan, jiwaku selalu mengkhuatirkan kalau kamu meninggal dunia kerana kesakitan, padahal aku tahu kematian adalah sesuatu yang telah ditentukan waktunya. anakku, ketika kamu menginjab usia sewasa, ketika kamu tidak mengharapkan aku lagi, kamu jadikan kekerasan dan kekasaran sebagai balasan untukku seolah-olah kamulah pemberi nikmat yang agong. wahai anakku, kalaupun kamu tidak boleh memelihara hak ku sebagai seorang ayah, aku merayu agar kamu peliharalah hak ku sebagai orang yang dekat denganmu, sebagai jiranmu, sebagai tetanggamu sehingga kamu tidak lagi kedekut dalam memberikan harta milikmu kepadaku'



itulah yang disebut dalam hatinya. dia mengharap kepada anaknya kalaupun tidak boleh melayannya sebagai seorang ayah, tolong layannya sebagai seorang jiran. ketika itu Rasulullah SAW pegang leher baju milik anak orang tua itu, lalu baginda bersabda maksudnya ' kamu dan seluruh hartamu adalah milik ibu bapamu' dan suatu riwayat lain ketika orang tua itu mengatakan luahan hatinya kepada Rasulullah SAW, Rasulullah SAW pun menangis kemudian baginda bersabda maksudnya ' tidak ada satu batu pun atau penduduk pun dalam kota ini kecuali mereka akan menangis mendengar luahan perasaan ibu dan ayah ini





0 comments: