THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES �

Saturday, 10 March 2012

Dating sewaktu sepertiga malam..TAHAJJUD

assalamualaikum....
solat tahajjud yg dilakukan selepas masok waktu isya` sehingga terbit fajar selepas bgn dr tidur walaupun tido skejab...ramai yg pndg remeh dgn solat sunat tahajjud pdhl ini la amalan yg Rasulullah SAW wat tiap2 malam dgn menitikberatkan ketetapan gerakan, kekhusyukkan, dan keikhlasan..


cara untuk senang bangun tahajud
1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.
2. Tunaikan solat Isya' sebelum tidur.
3. Bersihkan tempat tidur seperti tilam, bantal dan cadar dari habuk dan lain-lain kotoran.
4. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah S.A.W.
5. Kurangkan masa tidur dari lapan jam sehari kepada tujuh jam sehari untuk bulan pertama latihan; pada bula kedua kurangkan masa tidur malam kepada enam jam sehari, seterusnya pada bulan ketiga kepada lima jam sehingga kita boleh tidur untuk masa tiga jam sahaja.



kelebihan yg kite dpt apabila mengamalkan solat sunat tahhajud...

akhirat :
- mendapat tempat (maqam) terpuji disisi Allah
- Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri.
- Dipermudahkan hisab.
- Cepat melalui Sirat al-Mustaqim – seperti kilat.
- Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.


dunia :
- membebaskan seseorang daripada serangan kanser dan infeksi
-. menumbuhkan respons ketahanan tubuh (imonologi)
- memiliki ketahanan tubuh dan kemampuan individual untuk menghadapi masalah-masalah yang di hadapi dengan stabil dan tenang.
- meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi
-  Lahir kesan takwa pada wajahnya
- Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia.
- diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).



Allah SWT berfirman
"Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat. (Surah Hud:114)

"Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji." (Surah Al-Israa' Ayat 79)


Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:


Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan orang soleh sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan pencegah daripada dosa. (riwayat Muslim)


“Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya.

Dan Allah sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.”
(Hadis Riwayat: Abu Daud)

Baginda SAW telah menyebutkan hikmah tahajud yang bermaksud:
“Setiap dua pertiga malam terakhir, Allah turun ke langit dunia sambil berseru, ‘Hambaku yang malam ini menjauhkan rusuknya dari tempat tidur kerana mendirikan solat tahajud, aku berasa malunya padanya sekiranya aku tidak mengampunkan dosanya. Mengabulkan doanya dan memberikan apa yang mereka minta. Solat sunat yang utama selepas solat fardu adalah solat tahajud.”



BAGAIMANA PULA DGN ANDA??
Tepuk dada, tanyalah iman. Sudah berapa kali kah kita bangun malam untuk solat tahajjud dan bermunajat kepada Nya? Pernahkah kita bersolat tahajjud??

Monday, 23 January 2012

bidadari syurga...

aku tau perempuan perempuan mesti malas nak bace..bhahaha....xpa2...just nak share share lah...


"Dan (di dalam surga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli, laksana mutiara yang tersimpan baik, sebagai balasan bagi apa yang telah mereka kerjakan." (QS. Al-Waaqi'ah [56] : 22-24).


satu kehidupan yg  kekal abadi yg pnuh dgn nikmat2 yg xde tandingan nya...air yg terpancar dr air mata kafur, tsanim, dan salsabil serta sungai2 yg mengalirkan air susu..kemudian, PARA GADIS yg cantik cantik elok elok nan rupawan berdiam diri kat istana-istana syurga, depa sume tak kan kuar melainkan menunggu para calon SUAMINYA yg beriman kase kat dunia...*ouh..skang ni tgh menunggu  rupa nya*


kecantikan, keindahan tubuh, keanggunan dan sgala bagai kelebihan yg dimilikinya x dpt nak diungkap dgn kate2..x mpu nak gmbarkan dgn akal manusia...huh*x sabar2*..dgn terjaga kesuciannya, x pernah disentuh oleh tgn2, jahil  baik dr kalangan manusia maupun jin..


Ath-Thabrani meriwayatkan dalam kitab Mujamnya dari Ummu Salamah, dia berkata, "Wahai Rasulullah, tolong terangkan kepadaku tentang firman Allah : Huurun 'iin." Rasulullah berkata, "Huurun 'iin artinya mata yang indah dan jeli." Aku berkata lagi, "Wahai Rasulullah, tolong terangkan kepadaku tentang firmanNya : Kaamtsaalil lu'lu'il maknun." Rasulullah berkata, "Artinya bersih sebersih mutiara yang tak pernah disentuh tangan." Aku berkata lagi, "Wahai Rasulullah, tolong terangkan kepadaku tentang firmanNya : Fii hinna khairaat hisaan." Rasulullah berkata, "Baik akhlaknya dan cantik wajahnya." Aku berkata lagi, "Tolong terangkan kepadaku tentang firmanNya : Kaannahunna baidhun maknuun." Rasulullah berkata, "Kelembutan kulit mereka seperti kulit yang ada di bagian dalam kulit telur." Aku berkata lagi, "Wahai Rasulullah, tolong terangkan kepadaku tentang firmanNya : Uruban atrooban." Rasulullah berkata, Mereka yang di dunia sudah tua renta, di surga menjadi gadis-gadis yang sebaya." (Hadits ini diriwayatkan oleh Thabrani, dari Bakar bin Sahl Ad-Dimyathi, dari Umar bin Hasyim Al-Hassan, dari Hasan, dari bapaknya, dari Ummu Salamah, dia berkata, "Aku mengingatnya.").


Tubuhnya wangi dan bercahaya. Dalam riwayat Bukhari dalam Kitab Shahihnya, Rasulullah SAW bersabda, "Seandainya salah seorang dari wanita surga menampakkan diri ke bumi, niscaya akan bercahaya antara bumi dan langit dan niscaya antara bumi dan langit itu dipenuhi dengan bau wangi. Tutup kepala wanita surga saja lebih baik daripada dunia dan segala isinya." (Diriwayatkan oleh Abu Bakar bin Abi Dunya).


jd disini sama2 kita berusaha dan bersegeralah dlm ketaatan kpd Allah SWT ..antara jalan2 yg paling susah ditempur adalah menjaga kesucian..cinta...tumbuhkanlah cinta itu hanya pd Allah serta mempersiapkan cintamu itu di tmpat yg btol..jaga lah pandangan...rebut lah bidadari syurgawi...*depa tgh tunggu kite tuh..insyaAllah*



Monday, 26 December 2011

menutup kepala??

cite pasal tudung...mmg ramai yg dah pakai..tapi mcm mana cara mereka mereka diluar sana pakai??meh observe.....pakai tudung tp nmpk rambut kat depan?pakai tudung tp jarang?pakai tudung tp nmpak dada??apakah fungsi tudung sbenar nya?


Katakanlah kepada wanita yang beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangannya, memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) tampak darinya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, ... (Q.s. An-Nuur: 31)


jadi paham kann...guna la pape pun tp tidak menampak kan perhiasannya dan hndaklah MENUTUP kain tudung ke dadanya...BUKAN MEMBALUT....ok satel...tp laki cam ne plak??pakai kopiah...xde masalah kan..sbb tak ramai laki yg pakai..HAHAHAHA..ye la kan...x di wajib kan...tp pengisian kali ni...apakah kelebihan kalau menutup kepala??so..ni aku jumpa artikel sbb kenapa kene menutup kepala...




Artikel "The Science Behind The Veil" di IslamOnline.net tulisan Karima Burns menyebut:
“Ujian menunjukkan 40 hingga 60% daripada tahap kepanasan badan seseorang hilang melalui kepala, justeru menutupnya terutamanya pada musim sejuk dapat mengawal suhu badan seseorang berbanding mereka yang lain. Menutup kepala juga bermanfaat bagi kesihatan pada musim panas. Pakar otak, V.G. Rocine mengatakan bahawa fosforus otak akan mencair pada suhu 108° Fahrenheit. Keadaan ini boleh berlaku apabila seseorang terdedah kepada panas terik tanpa menutup kepala. Pencairan fosforus boleh menyebabkan fungsi otak menurun dan akan memberikan beberapa kesan negatif kepada otak”.

Artikel "Highest Phosphorus Foods" di Canadian Neuro-Optic Research Institute Online juga menyatakan bahawa: “Sekiranya suhu badan seseorang mencecah lebih daripada 105° Fahrenheit, ia amat berbahaya kerana fosforus otak akan cair dan berupaya untuk menjejaskan kesihatan otak. Justeru itu, kepala hendaklah ditutup dalam keadaan cuaca panas”.




see?ape yg islam suuh wat mesti ade keuntungan kepada pengguna...so..sami`na wa ata`na...

jd mulai hari ini...mari la same2 tutup kepala dgn bnda yg elok bg kaum laki...pompan mmg wajib pon...xde yg terkecuali...slamat beramal!!!!


Saturday, 24 December 2011

kehidupan di universiti

*dah lame x berbloging...rase noob sgt ngan blog*


hidup kat u mmg mencabar sbnar nya...u have react on your own way...mcm mudah tp mmg mudah pun..HAHA..xdelah...

sbena nye aku sgt2 gambira dan seronoh tahap dewa dgn 2 org pompan yg istimewa nih...*bukan cacat*..bukan sbb cantik....tp sbb mampu berubah yg elok kpd yg lebih elok pabila ditegur...so aku harap 2 org pompan ni jaga lah diri anda sbb ramai laki2 akan mencari anda...so be prepared...*aku la org nya...HAHAHA*..

bukan sume je best...ade juga yg mendukacita kan...er...mcm biase masalah cintan cintun...mmg la perasaan mawaddah ni ade kat setiap org...tp tolong la..not the right time...kalo korg wat depan aku...aku pun jeles gak...manusia ade perasaan gak...kat sini bile korg berkapel or ape2 lah akan effect gak kat org len...termasok la org mcm aku yg amat amat amat lemah...
ok dah..tamau meleret pnjg....

Saturday, 27 August 2011

adakah ini satu ujian drpd Allah s.w.t......

sunday.1.50 am...rumah aku mcm pukul 12 tgh hari...sume masih terbeliak..haha..pakat dok tgk citer korea baby n me...hua3..bes....*oh..aku tau..out of topic*...


habis je tgk movie korea..ummi pi kat dapor....*awal nye sahor*...sume pakat dok pi dapor...tetiber...
muke mak aku sedih..;(..kenapakah??
yep..meh dgr mak aku story..tp ini true story terjadi kat kampung aku sendiri....


ade sepasang suami isteri dan juga 2 org anak nya....pada ramadhan tah ke bape aku pun tatau...si suami ni tidak berpuase dan menjadi kan alasan kerana sakit ape aku pun tatau..period kot..hua3...n then si isteri ni pun bg la duit rm5 untuk duit blanje makan...*eh..kenapa isteri bg duit kat suami?*...
dan pd waktu malam..lebih kurang pukul 8 cenggitu...si suami ni basuh baju kat dalam bilik air..*eh..suami basuh baju??oo...suami misali...*..
si isteri ni pun pelik awat yg suami die lame sgt basoh baju??..si isteri ni pun masok la dalam bilik air...kelihatan si suami tu dalam keadaan cengkung..kecut...*cube korg peluk tubuh korg itu la bentuk nye*..
si isteri ni pun pelik..bile ditanye x menjawab..senyap ja..si isteri ni pun angkat muka si suami ni...
muka si suami kelihatan sgt sgt sgt ngeri...lidah terjeler kluar..mate terbeliak ke atas..tgn peluk bdn..bla bla bla..si isteri cube mengajar mengucap..tp ape yg di dgr adalah bunyi aaaaa~..adakah malaikat sedang mencabot nyawa nya??
selepas beberapa minit...suami nya meninggal...innalillahiwainnailaihirojiun...
si isteri mintak tolong ambulan angkat jenazah suami nya..tetapi ape yg berlaku..mereka x bule angkat mayat tersebut..n then mintak tolong orang masjid...yeah..akhir nya jenazah dapat diangkat oleh 15 orang...dan selamat dikebumi kan...


ya Allah..ampun kan lah dosa2 ku..akhir kan lah hayat aku dgn lafaz laailahaillah...xkire waktu bile engkau mengambil aku..biarlah aku termasok dlm golongan2 yg soleh...amin


sekian~

Thursday, 25 August 2011

bila FIZIK bergabung ngan BULAN RAMADHAN.....

bile smbg pasal bulan ramadhan ramai yg dah tau pelbagai keunikan dalam bulan ramadhan...diturun kan seribu manfaat...sgala kebaikan dan curahan pahala berlipat lipat lipat kali ganda pd sape yg amal ibadah + kusyuk + istiqamah...


tp ape kaitan ngan FIZIK..??hehh
kalau dlm fizik kite ade blajar bab gelombang yg berkaitan interferens membina dan juga interferens memusnah....jd bile gelombang membina bertemu dgn gelombang memusnah..maka ia akan terhapus...eh..korg paham ka nih?adeyh...-__-..





haa...nmpak tak yg straight tuh....itu la maksud yg aku citer pnjg lebar td...yg straight tuh makna nye ia terhapus...ok..aku anggap korg paham je la...hahaha


jd ape kaitan ngan BULAN RAMADHAN??


 Lihat hadis Nabi Muhammad SAW :

روى التِّرْمِذِيُّ : عنْ أَبِي ذَرٍّ جُنْدُبِ بْنِ جُنَادَة، وأَبِي عَبْدِ الرَّحْمنِ مُعَاِذ بْن جَبَلٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا عَن رَسُولِ اللهِ صلّى الله عليهِ وسلَّم قالَ : (( اتَّقِ اللهَ حَيثُمَا كُنْتَ، وأَتْبِعِ السَّيّئةَ الحَسَنَةَ تَمْحُهَا، وخالقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ ))
‘Bertaqwalah kepada Allah di mana sahaja kamu berada, ikutilah keburukan dengan kebaikan menghapuskannya, dan berakhlaqlah sesama manusia dengan akhlaq yang baik.’

so..drpd hadis ni kite dapat tau bile mana dosa kecil yg kite wat berulang-ulang kali + memperbyk kan ibadat dalam bulan ramadhan + bertobat = terhapus dosa2 silam...Allah itu maha pengampun..



tp adakah dalam bulan ramadhan je yg jd cenggini??
hmm...bnde ni khusus dalam bulan ramadhan disebab kan pahala yg berlipat lipat lipat kali ganda...jd byk la pahala produce n senang la dosa kecil nak terhapus...destructive interferens...

byk dah Allah bg freegift kat kite kite sume tp ape yg kite kite sume bg kat DIE??
~tepuk dada tanye iman~

ini lah peluang kite...jd kan ramadhan kali ini ramadhan yg terbaik dan untuk kite tebuskan kesalahan2 kite selama ini...insyaAllah...:)

Sunday, 21 August 2011

tahu kah anda??

1. walaupun mate ular tertutup ianya masih buleh dilihat melalui kelopak matanya


2. islam menggalakkan cakap 'Alhamdulillah' apabila bersin kerana jantung berhenti berdenyut dalam milisaat


3. 111,111,111 X 111,111,111 = 12,345,678,987,654,321


4. makanan yg tak de tarikh luput ialah madu


5. rama-rama merasai makanan melalui tapak kakinya


6. gajah merupakan satu2 nye haiwan yg xleh melompat


7. semut tidak akan tidur sepanjang hidupnya


8. mengunyah gula getah semasa memotong bawang merah membantu mengurangkan air mata


9. tulang paling kecik dalam badan ialah tulang yg terdapat di telinga,,di kenali sbg tulang saggurdi


10. tulang yg plg pnjang di badan kite ialah tulang femur..(tulang paha)


11. pepatung mempunyai jangka hayat selama 24 jam je


12. seekor ubur2 mempunyai 95% air


13. ikan lumba2 tidur dgn satu mate terbukak


14. kelajuan bunyi 4x lebih cepat di air drpd udara


15. kuda ngan lembu tidur berditri..


16. cahaya mengambil masa 1.255 saat utk brgerak drpd bumi ke bulam


17. setiap manusia mempunyai cap lidah yg berbeza2..


18. tiada kertas yg buleh dilipat lebih drpd 7 kali..


19. tapak sulaiman x mempunyai otak


20. mata burung unta lebih besar drpd otaknya


21. ianya mustahil untuk bersin dgn mata terbuka


22. jika mulut sgt kering, kite xleh membezakan rasa makanan


23. kupu2 xde perut


24. seekor lipas buleh hidup beberapa minggu tanpa kepalanya


haha..believe it or not?....believe it